Sejarah Pratt & Whitney

Pratt & Whitney diasaskan pada tahun 1860 oleh Francis Pratt dan Amos Whitney, dengan ibu pejabat mereka berpusat di Hartford, Connecticut. Syarikat itu mengilang perkakas mesin dan perkakas untuk pengilang mesin jahit, serta juga jentera untuk mengilang senapang yang digunakan oleh Tentera Kesatuan semasa Perang Saudara Amerika.

Pada tahun 1925, Frederick Rentschler berjumpa dengan Pratt & Whitney untuk mendapat biaya dan lokasi bagi projek pembinaan sebuah enjin pesawat yang baru. Pratt & Whitney meminjamnya AS$250,000 dan nama Pratt & Whitney, serta juga ruang di dalam bangunannya. Ini menandakan permulaan syarikat Pratt & Whitney Aircraft Company. Wasp, enjin Pratt & Whitney yang pertama, disiapkan pada hari sebelum Hari Krismas 1925. Enjin itu mencapai 425 kuasa kuda pada jalanan ujiannya yang ketiga dan dengan mudahnya lulus ujian kelayakan Tentera Laut Amerika Syarikat pada bulan Mac 1926. Menjelang bulan Oktober, Tentera Laut telah memesan 200 buah enjin Wasp. Enjin Wasp menonjolkan prestasi dan keandalan yang kemudian merevolusikan penerbangan Amerika Syarikat.

Pada tahun 1929, Rentschler menamatkan hubungannya dengan Pratt & Whitney Machine Tool lalu mengasaskan United Aircraft and Transport Corporation, pendahulu kepada United Technologies Corporation kini. Perjanjian Rentschler membenarkannya membawa nama bersama-sama ke perbadanannya yang baru.

Apa yang tinggal daripada syarikat Pratt & Whitney yang asal ialah Pratt & Whitney Measurement Systems yang berpusat di Bloomfield, Connecticut. Bagaimanapun, syarikat itu memiliki sebuah kilang di New Park Avenue, berhampiran dengan sempadan Hartford/West Hartford. Adalah di sana bahawa mereka mengilang perkakas mesin seperti mesin penggerek, mesin kisar, gerudi pusaran, dan mesin-mesin dikawal angka yang lain. Pada 2 Ogos 2005, Pratt & Whitney mengambil alih Rocketdyne, syarikat perejanan angkasa, daripada Boeing lalu menamainya semula sebagai Pratt & Whitney Rocketdyne, Inc.